Nama Botani | Datura Fastuosa |
Nama Lain | Kecebung |
Famili | Solanaceae |
Pengenalan | Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri. |
Khasiat dan Kegunaan | Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal. |
TANAMAN HERBA - KECUBUNG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalammualaikum wbt bang.
d mana mana bole sy dpt kan benih pokok kecubung ni.jika ada hubungi sy d whatappp 0176188104
Assalammualaikum wbt bang.
d mana mana bole sy dpt kan benih pokok kecubung ni.jika ada hubungi sy d whatappp 0176188104
Post a Comment