BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

HIDROPONIK

APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

* Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
* Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
* Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
* Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
* Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
* Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.



APAKAH SET KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK (TANPA PAM)

Set KAZZPONIC Hidroponik Domestik merupakan peralatan yang ringkas dan mudah serta murah yang boleh digunakan oleh semua golongan. Ia berupaya menghasilkan sayuran segar,bersih dan bebas dari sisa racun dengan hanya diletakkan di beranda/balkoni, kakilima/corridor,porch dan patio rumah anda. Set ini sesuai untuk mereka yang ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam seperti dikawasan rumah teres, rumah pangsa, pangsapuri/apartment/kondominium dan menggunakan larutan baja hidroponik sahaja.

APAKAH KELEBIHAN SET KAZZ PONIC HIDROPONIK DOMESTIK?

Set ini cukup mudah untuk digunakan dan disamping itu ia tidak menggunakan pam elektrik, murah praktikal, boleh menanam sayuran disepanjang tahun (tanpa musim), tidak perlu penyiraman dan tidak perlu merumput. Yang mustahak adalah ia bebas dari semburan racun serangga. Anda akan menikmati sayuran segar dan bersih dari sisa racun.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN SEBAGAI HOBI?

Ya.! Ini terbukti dari sambutan orang ramai terutama warga kota dan mereka yang tidak mempunyai ruang tanah/kawasan untuk bercucuk tanam. Tambahan pula penanaman dengan cara ini tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi didalam bidang pertanian.

BOLEHKAH PENANAMAN CARA KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK DIJADIKAN LANDSKAP?

Ya.! Jika anda memiliki 4 atau 5 set hidroponik domestik dirumah dan disusun disepanjang corridor rumah anda, ia boleh menjadi seolah-olah sepeti `bunga-bungaan’. Anda dan jiran-jiran anda akan terpesona dengan sayur-sayuran anda yang subur dan segar menghijau disekitar rumah anda. Tambahan pula keadaannya yang bersih dan segar.

BAGAIMANA SISTEM INI DAPAT MENGHASILKAN SAYUR-SAYURAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI?

Jangkamasa penghasilan satu-satu jenis tanaman sayuran adalah lebih kurang 4 minggu. Dengan penanaman berperingkat umpamanya 4 set hidroponik domestik seminggu dan dibuat 4 minggu berturut-turut, anda akan dapat menikmati sayuran setiap hari tanpa perlu lagi pergi ke pasar. Ini tentu sekali dapat menjimatkan atau mengurangkan perbelanjaan harian anda.

APAKAH KANDUNGAN BAJA YANG TERDAPAT DALAM SISTEM KAZZPONIC INI?

Kandungan baja hidroponik untuk pemakanan pokok mengandungi unsur-unsur Makro seperti Nitrogen, Pasfurus, Kalium, Kalsium dan Sulfur. Dan juga unsur- unsur Mikro seperti Ferum, Mangganan, Zink, Kuprum, Boron dan Molybdenum.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR?

Ya!. Kebelakangan ini kebanyakan sekolah telah menggunakan sistem ini didalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Tanaman Yang Sesuai

Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya

Bunga - ros, orkid, marigold dsb.

Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.

Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.

Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuahan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

DIY Set Hidroponik

Set mengandungi:
.
- Takung Hidroponik 8 Lubang
- Benang Media
- Bakul Media
- Benih (Sawi dan Kangkung)
- Baja
- Cawan Baja
- Manual Cara Semaian dan Aturcara Untuk Sebatikan Baja

** Anda hanya perlu menyediakan baldi untuk menyimpan larutan baja dan air paip.


diy set hidroponik

0 comments: