BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

IDOLAKU...

Idola ku

Kita skrg lbh kenal artis drp rasulullah, lbh menyambut hari valentine drp
menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!


Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan


kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat
Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab


untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah
. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.


Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

sukan PASTI Najiha
















LOKASI : Padang MBSA, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

TARIKH : 18 APRIL 2010

That's all for the information :)

PANDUAN MENANAM ROSELLE

Panduan Menanam Roselle

ROSELLE, asam raya atau asam susur di kalangan orang tempatan merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.

Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.

Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.



Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.

Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

Pengairan

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.).

Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

solo ride (cameron)

Boring2....x tau nak buat apa...apa la ambik kunci, start moto..belasah je...tgh2 atas moto..leh terpikir... best jgk klu gi cameron.













HIDROPONIK

APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

* Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
* Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
* Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
* Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
* Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
* Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.



APAKAH SET KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK (TANPA PAM)

Set KAZZPONIC Hidroponik Domestik merupakan peralatan yang ringkas dan mudah serta murah yang boleh digunakan oleh semua golongan. Ia berupaya menghasilkan sayuran segar,bersih dan bebas dari sisa racun dengan hanya diletakkan di beranda/balkoni, kakilima/corridor,porch dan patio rumah anda. Set ini sesuai untuk mereka yang ketiadaan tanah untuk bercucuk tanam seperti dikawasan rumah teres, rumah pangsa, pangsapuri/apartment/kondominium dan menggunakan larutan baja hidroponik sahaja.

APAKAH KELEBIHAN SET KAZZ PONIC HIDROPONIK DOMESTIK?

Set ini cukup mudah untuk digunakan dan disamping itu ia tidak menggunakan pam elektrik, murah praktikal, boleh menanam sayuran disepanjang tahun (tanpa musim), tidak perlu penyiraman dan tidak perlu merumput. Yang mustahak adalah ia bebas dari semburan racun serangga. Anda akan menikmati sayuran segar dan bersih dari sisa racun.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN SEBAGAI HOBI?

Ya.! Ini terbukti dari sambutan orang ramai terutama warga kota dan mereka yang tidak mempunyai ruang tanah/kawasan untuk bercucuk tanam. Tambahan pula penanaman dengan cara ini tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi didalam bidang pertanian.

BOLEHKAH PENANAMAN CARA KAZZPONIC HIDROPONIK DOMESTIK DIJADIKAN LANDSKAP?

Ya.! Jika anda memiliki 4 atau 5 set hidroponik domestik dirumah dan disusun disepanjang corridor rumah anda, ia boleh menjadi seolah-olah sepeti `bunga-bungaan’. Anda dan jiran-jiran anda akan terpesona dengan sayur-sayuran anda yang subur dan segar menghijau disekitar rumah anda. Tambahan pula keadaannya yang bersih dan segar.

BAGAIMANA SISTEM INI DAPAT MENGHASILKAN SAYUR-SAYURAN UNTUK KEGUNAAN SENDIRI?

Jangkamasa penghasilan satu-satu jenis tanaman sayuran adalah lebih kurang 4 minggu. Dengan penanaman berperingkat umpamanya 4 set hidroponik domestik seminggu dan dibuat 4 minggu berturut-turut, anda akan dapat menikmati sayuran setiap hari tanpa perlu lagi pergi ke pasar. Ini tentu sekali dapat menjimatkan atau mengurangkan perbelanjaan harian anda.

APAKAH KANDUNGAN BAJA YANG TERDAPAT DALAM SISTEM KAZZPONIC INI?

Kandungan baja hidroponik untuk pemakanan pokok mengandungi unsur-unsur Makro seperti Nitrogen, Pasfurus, Kalium, Kalsium dan Sulfur. Dan juga unsur- unsur Mikro seperti Ferum, Mangganan, Zink, Kuprum, Boron dan Molybdenum.

BOLEHKAH SISTEM KAZZPONIC INI DIJADIKAN ALAT BANTUAN MENGAJAR?

Ya!. Kebelakangan ini kebanyakan sekolah telah menggunakan sistem ini didalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

Tanaman Yang Sesuai

Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya

Bunga - ros, orkid, marigold dsb.

Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.

Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.

Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuahan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

DIY Set Hidroponik

Set mengandungi:
.
- Takung Hidroponik 8 Lubang
- Benang Media
- Bakul Media
- Benih (Sawi dan Kangkung)
- Baja
- Cawan Baja
- Manual Cara Semaian dan Aturcara Untuk Sebatikan Baja

** Anda hanya perlu menyediakan baldi untuk menyimpan larutan baja dan air paip.


diy set hidroponik

FERTIGASI

Fertigasi teknologi yang popular dan menguntungkan

Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi, antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.

SALAH satu teknologi pertanian yang kini semakin mendapat perhatian terutamanya di kalangan petani yang mengusahakan tanaman sayursayuran ialah teknik fertigasi (fertigation). Fertigasi berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “irrigation” iaitu satu kaedah penanaman yang mana baja yang lengkap diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Menerusi teknologi ini, bekalan air dan nutrien yang cukup serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok dapat di kawal dengan lebih sistematik. Ini membolehkan tanaman membesar dengan sihat serta berupaya mengeluarkan hasil yang optimumdan berkualiti tinggi. Sistem ini adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Sistem ini sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, limau, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan atau lebih tepat untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bakteria yang berpunca daripada tanah. Terdapat tiga komponen utama yang memainkan peranan penting dalam amalan pertanian secara fertigasi ini iaitu Rumah Perlindungan Hujan (RPH), tangki baja dan pengairan. RPH bertindak sebagai tempat perlindungan tanaman daripada hujan lebat yang boleh merosakkan kualiti buah kesan daripada titisan hujan. Ia juga berperanan mengawal penyakit yang biasanya merebak pada musim hujan selain menjadi pelindung kepada serangan serangga perosak. Di samping itu, RPH mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan baja dan kawalan racun perosak serta mengurangkan kepanasan cahaya terik matahari pada kadar sehingga 20-30 peratus. Ini kerana struktur bumbung RPH

kebiasaannya dibina daripada bahan lutsinar seperti kepingan kaca, polikarbonat,akrilik atau filem polietilena. Bumbung ini mampu menapisgelombang cahaya yang tidak diperlukan daripada cahaya mataharisebaliknya bersifat lutsinar terhadap gelombang matahari yang sangatdiperlukan untuk pertumbuhan tanaman serta proses fotosintesis.Ia juga secara tidak langsung menjimatkan tenaga buruh di samping tidak memerlukan penggunaan ruang tanah yang luas memandangkan ia tidak menggunakan tanah. Beberapa media tanaman juga digunakan dalam amalan pertanian fertigasi ini bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan vermiculate. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan .

Peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi pula termasuk tangki, tong stok nutrien, pam, paip poli atau PVC, dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air serta baja. Dalam sistem ini, air baja diberi mengikut masa iaitu antara tiga hingga enam kali sehari selama lima hingga 10 minit, bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman. Pembinaan sistem fertigasi mengikut pakej pasang siap GM PELADANG misalnya berharga kirakira RM30,000 untuk keluasan 600 kaki persegi. Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman di atas kawasan terbuka manakala pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa di antara tiga hingga empat tahun.

Antara kebaikan fertigasi ialah:

● tidak memerlukan kawasan yang luas kerana ia tidak menggunakan tanah.

● masa tanaman yang singkat bermakna lebih banyak pusingan tanaman setahun. ● kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan menerusi penggunaan teknologi. ● jimat penggunaan air. ● mengelakkan serangan penyakit dan serangga bawaan tanah. ● tiada masalah rumput di atas batas dan nutrien dapat dikitar kembali bermakna menjimatkan penggunaan baja. ● hasil tanaman yang lebih tinggi. ● tiada atau kurang kejutan kepada anak benih semasa proses mengubah. ● masa menanam sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim menanam. ● kualiti hasil yang tinggi dan seragam serta kesan sisa racun yang minimum. ● alam sekitar lebih bersih dan harmoni ● tanaman hidroponik hanya menyerap nutrien yang diberi bermakna masalah kedapatan logam berat dalam produk yang dihasilkan tidak timbul.

Kaedah Fertigasi Secara Autopot:

1. Rumah pelindung hujan

2. Sistem pengairan.

3. Baja (Khas) untuk fertigasi,

4. Peralatan pHdan EC meter.

5. Sumber air bersih

6. Bekas tanaman di ladang semaian. (Polibeg & Autopot)

7. Media tanaman (Pecahan batu-batan)

8. Biji benih terpilih.

Kaedah Penanaman

Penyedian Larutan Stok: Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem Fertigasi, dan yang kedua yang dengan menggunakan kaedah secara manual.

Kaedah Penyedian Stok Dengan Menggunakan Baja Yang Dikhaskan

a) Terdapat dua stok, iaitu stok A dan B

b) Campuran baja A dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A .

c) Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B

d) Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

PANDUAN MENANAM JAGUNG


Pemilihan Kawasan
- Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan.
- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.
- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali.
- Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.


Pemilihan Benih
- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah:
a. jagung manis (mas madu),
b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,
c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain.
d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).


Bantuan Jabatan Pertanian
- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada).
- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit.
Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).
Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).

Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah = RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).
Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500
Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000
Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga
Jumlah = RM4,500
Kos yang terlibat ialah:
Benih 3 beg x RM50 = RM150
Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)
Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)
Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)
Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)
Kos buruh = RM200 (jika perlu)
Jumlah kos = RM1,000

Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.

Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos
Pendapatan Kasar = RM4,500
Kos = RM1,000
Pendapatan Bersih = RM3,500
Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.

Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.
Proses Kerja
- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.
- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.
- Menyemai benih jagung di dalam tray.
Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja.
Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.
Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.
Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.
Batas Jagung
- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.

Pembajaan awalan.
Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan masukkan baja ke dalam lubang tersebut.

Pembajaan seterusnya
1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan.
Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran NPK (jika ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang ditengah-tengah pokok.

Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus.
Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.

Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.

Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan.
Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.

Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.


Meracun
Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.

Penjagaan tongkol jagung
Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.
Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi.
Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.

Menuai hasil
Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh dituai.
Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.


Pemasaran
Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.

Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja, mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja.

ASAS PENANAMAN SAYUR

ASAS PENANAMAN SAYUR
SAWI

KANGKUNG

BAYAM

KACANG PANJANG

PETOLA


JENIS sayur-sayuran yang boleh kita usahakan ialah sayur berdaun seperti, sawi, kangkong, lobak dan bayam, sayur jenis buah seperti terung, cili, petola, peria, timun dan tomato daan jenis kekecan seperti buncis, kacang panjang dan sebagainya.
Bagi memulakan kerja-kerja penanaman sayur, walaupun di keliling rumah, beberapa faktor perlu kita ambil kira, yang pertama sekali persediaan tanah, keduanya kemudahan air dan tanah, keduanya kemudahan air dan ketiganya kawasan yang tidak terlindung cahaya matahari. Mengenai sumber air, jika boleh kita adakan takungan air hujan kerana ini menjimatkan dan lebih baik untuk tanaman sayur-sayuran berbanding air paip. Bagi sesetengah rumah, terutamanya rumah-rumah taman, kebanyakan tanahnya adalah tanah yang ditambun bercampur dengan batu. Kalau tanah ini terlalu banyak batu eloklah ditambunkan sedikittanah top soil ( tanah lapisan atas) lebih kurang 10 hingga 20cm supaya ianya menjadi lebih gembur dan dan sesuai untuk bertanam sayur-sayuran. Tetapi jika batunyasedikit tanah itu boleh di cangkul terus sambil kita membuang batu-batu yang agak kasar.

MEMBUAT BATAS
Tanaman sayur memerlukan batas supaya ia tidak di takungi air. Ukuran batas seelok-eloknya ialah setinggi 15-20cm, lebar 1.2 meter dan panjang 7.5 meter (mengikut keadaan tanah). Mula-mula baja organan seperti tahi ayam sebanyak 50kg digaul ke dalam batas berukuran seperti di atas.
Penanaman
Selepas saja penyediaan batas, barulah boleh di tanam. Beji benih sayuran daun selalunya kecil, di tanam terus ke atas batas. Sebelum menanam, biji benih di rawat dengan racun kulat seperti thiram. Biji benih di gaul dengan pasir halus atau peroi dan di tabur samarata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan yang du buat mengikut jarak yang di syorkan, iaitu 20cm antara baris dan 10cm antara pokok. Siram dua kali sehari di musim panas.

PEMBAJAAN
Selepas dua minggu dari yarikh menanam eloklah sayur dibajai. Baja yang perlu di gunakan ialah baja NPK 15:15:!% atau kita panggil juga dengan baja hijau. Kadar baja yang perlu di gunakan ialah 400gm untuk sebatas. Taburlah dengan cermat supaya tidak terkena pda daun atau batang yang boleh mengakibatkan sayur menjadi layu. Dua minggu selepas membaja kali pertama, baja pula untuk kali kedua dengan menggunakan baja yang sama dengan kadar yang sama. Dalam jangkamasa 28 hingga 30 hari selepas tanam bolehlah di pungut hasil.
Penanamn sayur jenis buah pula tidaklah banyak perbezaan sangat dalam kaedah menanamnya berbanding dengan sayuran jenis daun. Cuma dalam beberapa aspekteknikalnya ada sedikit perbezaan. Umpama jarak tanaman antara pokok dan antara batas agak ajuh sedikit daripada jennis daun iaitu, 90cm(dua hingga tujuh kaki) begitu juga 60-90cm antara baris. Ini adalah kerana pokok jenis buah rendang sedikit daripada jenis daun.
Baja organan di bubuh ke dalam batas masa awal penyediaan batas sama seperti tanaman sayur juga. Cuma bezanya sayur jenis buah ini kita guna baja yang di proses khas untuk buah sebanyak dua kali pembajaan.
Pembajaan pertama di berikan pada minggu kedua lepas tanam dengan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 10 gm sepokok. Pembajaan kedua di beri pada minggu keempat dan seterusnay ketiga pada minggu keenam lepas tanam pada kadar yang sama. Perlu diingatkan baja yang di tabur jangan terlalu rapat dengan perdu pokok kerana ianya membuatkan pokok melecur dan mungkin mati.
Selepas tujuh hingga lapan minggu menanam, hasil mula boleh di petik bagi sesetengah jenis sayur buah seperti timun, petola, peria dan seumpamanya.
Selamat mencuba.

PANDUAN MENANAM TIMUN

PANDUAN MENANAM TIMUN


Nama Botani
Famili
: Cucumis Sativus Linn
: Cucucbitacea


Varieti:

MT 1
Varieti MARDI ini ditanam di pantai timur. Lambat mengeluarkan hasil (7-11 minggu selepas menanam). Buahnya pendek dan banyak (10-15 biji/pokok). Hasil dari varieti ini adalah 15-25 tan/hektar.


MT 2
Varieti MARDI. Cepat mengeluarkan hasil. Buahnya sederhana besar dan sangat ranggup. Pungutan hasil ialah 5-10 minggu selepas menanam. Hasilnya ialah 20-30 tan/hektar.


Simpang Pulau
Varieti ini popular di Perak. Kulit buah berwarna hijau tua. Buah sederhana besar. Hasil adalah 20-25 tan/hektar.

Pengenalan:

Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.

Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).

Kesusuaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite

atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Membuat Junjung / Penyokong:
Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat. Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para. Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas
(7.5m x 1.2m) Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4 Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 6 kg
300 kg
450 kg
450 kg 4 tan
200 kg
300 kg
300 kg

Pengairan:
Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

Musuh:
Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.

Penyakit:

Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.

Pungutan Hasil:


Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.

PANDUAN MENANAM BENDI

PANDUAN MENANAM BENDI


Pendahuluan

Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.


Khasiat Makanan:

Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos. Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar.

Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.

Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan.

Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan

Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin.

Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Jika air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong.

Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.


Varieti:

MKBe 1 - Pilihan MARDI. Buah melebihi 15 scm panjang, bilangan segi 5, warna buah hijau kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah sepokok adalah antara 14-105.


Penanaman
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

Penyediaan Tanah
Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

Menanam
Tanam biji benih sedalam 2.5 di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 cm panjang.

Bunga bendi







Membaja
Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Pokok Kadar/Hektar
1
2
3
4 Sebelum menanam
1 bulan
2 bulan
3 bulan Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 300 g
16 g
32 g
32 g 4 tan
0.2 tan
0.4 tan
0.4 tan



Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

Merumput
Cabut rumput jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

Sungkupan
Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Memangkas
Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

Kawalan Musuh dan Penyakit

Musuh:
Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit:
Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

Penuaian
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:-

50 hingga 55 hari selepas menanam.

5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.

Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya
rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar.

Kawalan Rumput:
Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas sebelum 2-3 hari biji benih ditanam. Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3 bulan. Rumput yang tumbuh diantara batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupunm secara manual. Dengan cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas batas yangmana boleh digunakan untuk musim.

Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab. Buah-buahan yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.