BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

5 Khasiat Limau Kasturi


Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.


Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :)


1. Mengurangkan Lelah

- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.

- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


2. Melegakan Pening Kepala

- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.

- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :)


3. Mengatasi Masalah Badan Berbau

- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.


4. Menyembuhkan Sakit Tekak

Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.

- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.

- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.

- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.


5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian

- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.

- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.

- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.

Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?


Selamat Mencuba!


PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU

1. PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU


Proses penyediaan bahan tanaman cara cantuman adalah seperti berikut:-

  • Pemilihan Baka Pokok Penanti
    Pokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime. Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.

  • Pemilihan Matatunas
    Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.

  • Kaedah Cantuman
    Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.

  • Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
    Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain. Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya. Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti. Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.

  • Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai
    Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau. Ia terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari kayunya.

    Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk T. Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit. Satu kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam. Kepingan matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok penanti.

    Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu turisan melintang di bawah turisan menegak. Semasa menuris melintang, pisau dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.

  • Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)
    Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti dan matatunas. Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu turisan pertama. Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat kira-kira 1 cm di bawah matatunas. Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama. Kepingan ini dicantum ke bahagian pokok penanti yang dipotong.

  • Cantuman Tunas Baji Sisi
    Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng, potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B. Kedua-dua potongan bertemu di bawah mata tunas. Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper untuk mendedahkan kambium. Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti yang telah siap dituris. Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm. dari paras tanah

    Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi. Anak benih perlu disiram 1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan. Baja foliar boleh digunakan sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur. Selepas 2-3 bulan pokok cantuman boleh dipindah ke ladang.


2. KAEDAH TUT DAN KAEDAH CANTUMAN BAJI CIKU

Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah. Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.

Cara Membuat Tut

Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan. Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk. Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu. Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini. Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1. Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal. Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat. Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan. Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.

Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang. Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air. Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan.

Kaedah Cantuman Baji

Kaedah penemuan baru dalam pembiakan ciku.

  • Penyediaan pokok penanti:

    Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir. Percambahan bermula 3-4 minggu. Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organan).

    Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau 15 cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok. Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau. Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.

  • Penyediaan tunas pucuk:

    Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih. Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.

  • Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti

    Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas. Cantuman ini diikat tali rafia yang halus. Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan. Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman. Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh. Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan.


3. KAEDAH PEMANGKASAN POKOK (CANTAS)

Pemangkasan adalah penting bagi membentuk pokok menjadi seimbang dan tidak terlalu tinggi supaya mudah diurus ia juga dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Terdapat tiga jenis cantasan iaitu:-

  • Cantasan Bentuk

    Pokok dibiarkan tumbuh dengan satu batang utama setinggi 1.5 m. Di awal musim hujan, batang utama dipangkas pada paras 1m untuk menggalakkan pengeluaran cabang. Batang pokok diikat pada kayu pancang supaya pokok tumbuh tegak. Beberapa tunas akan tumbuh di batang utama. Pilih empat batang yang agak teguh dan seimbang dan buang yang selebihnya. Tunas-tunas tadi dibiar tumbuh menjadi cabang pertama dan seterusnya membentu batang pokok. (Sila lihat gambarajah).

    Apabila kesemua empat cabang pertama telah mencapai 1.5 m panjang, ia dicantas semula pada jarak 1m dari batang utama. Tunas-tunas baru akan tumbuh dan pilih tunas-tunas yang menghala keluar untuk disimpan. Gunting tunas yang tumbuh menghala ke arah dalam pokok untuk memberi bentuk pokok 'terbuka tengah'. Bentuk pokok yang seimbang dengan ruang dahan utama yang lapang akan mendapat pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat. Pemangkasan keseluruhan masih perlu diteruskan dua kali setahun sehingga pokok menghasilkan buah. Tunas-tunas air serta dahan berpenyakit dan cedera hendaklah digunting. (Sila lihat gambarajah).

  • Cantasan Penjagaan (pokok dewasa)

    Pemangkasan seterusnya dibuat selepas pengeluaran hasil pertama. Potong dahan-dahan yang melentur serta mencecah tanah dengan menggunakan gunting atau gergaji pangkas. Gunting semua tunas air serta dahan yang menegak ke atas dan yang tumbuh menghala ke dalam pokok. Potongan hendaklah dibuat rapat ke dahan. Buang dahan-dahan yang mati dan berpenyakit hingga tanda-tanda mati atau penyakit tiada kelihatan pada dahan tersebut. Kemudian sapukan cat ke atas keratan tersebut untuk mengelakkan jangkitan merebak. (Sila lihat gambarajah).

  • Pemangkasan Bunga dan Buah

    Pada keadaan terentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing. Jika buash terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah.

    Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu). Pilih ranting yang matang dan gunting sebelum buku ruas. Berhentikan pengairan kepada pokok buat sementara bagi menggalakkan pengeluaran bunga. Empat minggu selepas pemangkasan bunga akan keluar sepenuhnya. (Sila lihat gambarajah).

limau nipis


Pengenalan

Limau nipis (Citrus Aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5 - 5cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 cm tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang lembab dan panas seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir (sandy loam).

CARA-CARA MENANAM

Membiak:

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam:

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6m x 6m. Ia boleh ditanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok.

Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang. Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman bolehlah dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.

Selain daripada itu, pembajaan boleh juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahu lembu. Sebanyak 30-40 kg / pokok / tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3) dan 30-60 kg / pokok / tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.

Cantasan:

Catasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu untuk dilakukan. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

Kawalan Rumpai

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul di keliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai

PENJAGAAN

Pembajaan

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:-

  • Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2)

Baja ditabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun. Kadar dan masa membaja adalah seperti berikut:-

Umur Pokok
(tahun)
Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa
1 Tumbesar 0.3 ) 3 kali setahun
2
0.5 ) *Permulaan musim hujan
3
1.0 ) *4-5 bulan kemudian



) *sebelum musim kering




4 Baja Buah 1.5 ) 2 kali setahun
5
1.8 ) *Permulaan musim hujan



) *4-5 bulan kemudian iaitu



) selepas mengutip hasil
6
2.3
Ke atas
2.5


HASIL

Pokok mula berbuah antara 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg / pokok / tahun boleh diperolehi.

Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN

Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar.

Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baga kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 2-4 kg/sepokok/setahun.

Umur pokok
(tahun)
Baja Kompaun
NPK (15:15:15) (g)
Magnesium
Limestone (g)
1 133 20
2 326 50
3 606 90
4 907 136
Baja Kompaun
NPK (12:12:17 + TE)(kg)
Magnesium
Limestone (g)
5 1.5 182
6 1.5 182
7 1.5 182
8 2.0 227
9 2.0 227
10 2.0 227
10-15 2.6 318
15-20 3.0 364

Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.

Elemen Kadar
Zink 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air.
Molybdenum 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air.
Magnesium 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air.
Boron 0.25 g. soluble borate.

Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.

PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN SECARA CANTUMAN
KAEDAH TUT, CANTUMAN BAJI DAN PEMANGKASAN POKOK

Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan seterusnya - klik !


PENYAKIT-PENYAKIT TANAMAN LIMAU

  1. PENYAKIT 'GREENING"
    "Greening Disease (Liberobacter asiaticum)

    Penyakit Grening tanaman limau adalah penyakit yang merbahaya bagi kemajuan industri limau di negara ini dan berasal dari negara China. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis hidupan yang sangat kecil dan disebarkan oleh serangga pembawa dari jenis kutu leloncat. Di Malaysia, serangga pembawa yang dikenalpasti ialah Diaphorina citri. Kuw. Penyakit ini boleh mengurangkan jumlah hasil mutu buah. Pada kadar serangan yang teruk, pokok limau boleh mati.

    Cara Kerosakan Berlaku:

    Serangga pembawa Penyakit Greening yang dewasa berukuran 2-3 mm panjang dan berwarna coklat keperangan. Serangga dewasa dan anak akan menghisap cecair daun terutama daun-daun muda. Apabila serangga pembawa menghisap pokok lain, cecair yang telah sedia ada di dalam badan serangga itu akan dipindahkan kepada pokok tersebut. Oleh itu, sekiranya serangga pembawa menghisap cecair daun daripada pokok yang berpenyakit, penyakit greening akan disebarkan dari pokok ke pokok.

    Tanda-tanda Penyakit:

    Penyakit Greening boleh dikenali apabila salah satu atau lebih daripada satu tanda-tanda berikut kelihatan pada pokok limau:-

    1. Warna kekuningan boleh dilihat di antara urat daun.
      Tanda ini bermula dari satu dahan dan merebak ke dahan lain.

    2. Tompok-pokok hijau pada daun.

    3. Pertumbuhan tunas menjadi rapat dan tegak.

    4. Tunas dan ranting layu dan mati.

    5. Buah-buah muda menjadi kuning oren atau merah bertompok.
      Bentuk buah tidak seimbang bulat dan akhirnya gugur.


    Langkah-langkah Pengawalan:

    Program kawalan yang disyorkan adalah berbentuk kawalan bersepadu yang merangkumi tiga aspek penting: iaitu penggunaan bahan tanaman yang bebas daripada penyakit, kawalan punca penyakit dan kawalan serangga pembawa penyakit. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:-

    1. Gunakan bahan-bahan tanaman yang bebas daripada penyakit
    2. Pemeriksaan tanda-tanda penyakit

    Perhatikan tanda-tanda penyakit dan tandakan pokok yang berpenyakit serta pokok-pokok di dalam lingkungan 30 meter di sekeliling pokok yang berpenyakit tersebut.

    Kawalan Punca Penyakit:

    Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai. Ranting yang telah dicantas dan semua buah dari pokok yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan dengan membakar atau menanam sedalam tidak kurang daripada satu meter. Jika serangan teruk, pokok limau yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dibakar atau ditanam. Langkah ini dapat menghalang penyakit daripada merebak ke bahagian atau pokok limau yang lain. (Klik untuk lihat panduan mencantas/pangkas pokok).

    Kawalan Serangga Pembawa penyakit:

    Sembur pokok-pokok yang telah ditanda dengan racun serangga bagi menghapuskan serangga pembawa. Racun serangga seperti Dimethoate atau Deltamethrine boleh disembur dua minggu sekali terutama semasa pengeluaran pucuk muda kerana pada masa ini populasi Diaphorina citri adalah tinggi. Untuk memastikan program kawalan yang berkenaan, langkah-langkah pengawalan ini perlu diulang setiap dua minggu sekali.

  2. PENYAKIT KERUPING
    "Scab" (Elsinoe fawcetti)

    Keruping biasanya kelihatan timbul di permukaan kulit buah dan daun. Bermula dengan luka kecil yang kelihatan seperti titik yang pudar bertukar menjadi kekutil yang mengandungi tisu gabus berwarna perang pucat. Daun akan bertukar menjadi berkerekot dan bertukar bentuk dan akhirnya dahan-dahan muda akan dijangkiti. Penyakit ini merebak dengan cepat di peringkat semaian. Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan secara 'overhead sprinkler' pada semaian semasa pokok sedang berpucuk selama 2-3 minggu disyorkan. Gunakan racun kulat, terutamanya pada peringkat semaian ketika pokok sedang berpucuk muda untuk mengelakkan masalah ini.

  3. PENYAKIT VIRUS TRISTEZA
    (Tristeza Virus" (CTV)


    Simptom adalah sama seperti pokok yang diserang pada akar, termasuk terencat pertumbuhan. Pada jenis yang rentan penyakit ini, simptom batang berjalur, kekuningan urat daun dan kematian pucuk dapat dilihat dengan mengupas kulit. Penyebaran virus ini bergantung kepada keadaan iklim. Di tanah rendah di mana suhu panas, virus ini tidak merebak begitu cepat. Anak benih yang ditanam haruslah dibiakkan melalui kaedah cantuman tunas hujung dan mesti rintang kepada virus tristeza. Anak benih yang mula membesar disyorkan diberi rawatan suhu panas dengan meletakkan pokok-pokok tersebut di dalam rumah plastik. Menyembur racun serangga untuk mencegah vektor kutu daun dua kali setahun disyorkan.

  4. PENYAKIT PHYTHOPTHORA
    (Phythopthora Canker" (Phythopthora spp.)

    Cabang-cabang menjadi kering dan tiada pertumbuhan baru. Bila akar reput, seluruh pokok menjadi kering dengan cepat. Simptom adalah daun yang berwarna kuning yang hampir sama dengan simptom kekurangan unsur nitrogen. Pada pangkal batang, luka kecil berwarna hitam muncul kemudian berkembang dengan keluaran gam berwarna coklat menjadi tanda-tanda gummosis. Pengeluaran gam bermula dengan kematian kulat dan menjadi nekrosis pada kayu. Penyakit ini boleh dikawal dengan berkesan melalui kaedah mencantum tunas pada pokok penanti yang rintang. Mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti 25-30 cm dan paras tanah supaya pokok baka tidak terkena percikan air. Kawalan rumpai di sekeliling pokok juga perlu bagi memastikan sekitaran sentiasa kering. Sekiranya pokok dijangkiti, semburan racun kulat boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali. (Sila lihat panduan cantuman pokok).

  5. PENYAKIT KANKER LIMAU
    "Canker" (Xanthomonas campestgris)

    Simptom kelihatan pada daun, ranting dan buah pada kesemua varieti limau. Kerosakan pada seluruh pokok terutamanya pada daun dan buah. Kanker berasal daripada liang-liang kecil berwarna gelap kemudian coklat dan dikelilingi oleh liang berwarna kuning. Bila besar, ia kelihatan sebagai gabus yang bahagian tengahnya pecah. Luka terjadi pada bahagian gabus dan bawah permukaan daun. Pengusaha boleh menanam pokok-pokok penahan angin untuk mengurangkan kerosakan fizikal pada pokok. Racun kulat hendaklah disembur jika jangkitan agak serius. Langkah-langkah pembasmian bakteria yang berkesan termasuk (1) mengumpul dan membakar daun-daun berpenyakit yang gugur (2) merendam mata tunas dalam 1000 ppm streptomycine (antibiotik) selama satu jam sebelum mencantum di peringkat tapak semaian.

  6. PENYAKIT KULAPUK HITAM
    "Sooty Mold" (Capnodium citri)

    Biasanya berlaku di kawasan yang panas dan lembap. Bila kulat tumbuh dengan banyak (berwarna hitam berjelaga pada daun), ia menghalang daun dari menerima cahaya. Kulapuk hitam tidak memberi kesan pada pertumbuhan pokok tetapi ianya menjadi amaran kehadiran serangga-serangga perosak tanaman yang juga membawa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus. Ianya juga memberi kesan kepada warna kulit buah semasa matang. Ianya disebabkan oleh beberapa jenis kulat, tetapi yang utamanya ialah Capnodium citri. Kulat ini bukanlah parasit tetapi hidup dengan memakan madu di permukaan pokok yang dikeluarkan oleh serangga tertentu terutamanya afid, 'scale insect' dan larva kepada 'Whitefly'. Tiada kawalan perlu dibuat ke atas penyakit ini. Dengan mengawal serangga-serangga pembekal madu atau gula kepada kulat ini, ianya akan terkawal secara tidak langsung. Kulapuk boleh juga dihilangkan dengan menyembur minyak jenis yang tidak merosakkan pokok.

  7. HAMAMA "Mites"
    (Tetranychus spp.)

    Terdapat beberapa jenis hamama yang menyerang limau. Diantaranya Hamama merah (Citrus red mite), Hamama leper (Citrus flat mite), Hamama lebar (Broad mite) dan Hamama perak (Citrus silver mite). Hamama menyerang dengan menghisap cecair daun muda dan putik buah. Kulit buah akan menjadi kasar dan berwarna perang dan berkerutu. Kawalan hendaklah dijalankan dari peringkat putik buah lagi dengan menggunakan racun hamama yang sesuai dan berkesan.

  8. LELOMPAT PSYLID
    "Psylids" (Diaphorina citri)

    Perosak ini adalah serangga vektor penyakit 'greening' limau. Jika serangga ini berada di kawasan yang dijangkiti penyakit 'greening', besar kemungkinan penyakit akan merebak dengan cepat di ladang. Serangga dewasa menghisap cecair dan pucuk dan bertelur di celah-celah daun. Kehadiran perosak boleh dikesan dengan meneliti pucuk limau dan juga menggunakan perangkap pelekat berwarna kuning. Serangga ini boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga jenis sistemik yang berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang minima terhadap serangga agen kawalan biologikal seperti parasitoid dan pemangsa.

  9. KUTU DAUN
    "Aphids" (Aphis spp.)

    Kutu daun menyerang tunas baru dan daun muda. Serangga ini suka menyerang bahagian pucuk daun muda, peringkat bunga dan putik buah. Bahagian yang diserang akan menjadi cacat dan berkerinting dan terbantut tumbesarannya. Kutu daun merupakan vektor pembawa virus penyakit tristeza limau. Kutu daun boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga jenis umum yang tidak toksik pada serangga agen kawalan biologikal seperti kumbang ladybird. Pembiakan kumbang pemangsa dan agen parasit boleh juga mengawal populasi kutu daun.

  10. KUTU TRIP
    "Thrips" (Thrips spp.)


    Menghisap cecair daun, pucuk dan bunga. Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperakan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal dan kedua sisi tepinya menggulung ke atas. serangan sering berlaku pada musim panas.

  11. LALAT BUAH
    "Fruit fly" (Bactrocera papayae dan Dacus spp.)

    Lalat bertelur pada buah yang hampir masak atau masak. Telur menetas dan larva mengorek masuk ke dalam serta makan isi buah. Terdapat larva lalat di dalam buah bila dikupas. Bahagian yang diserang mudah dijangkiti penyakit kulat atau bakteria. Akhirnya boleh menjadi busuk, reput dan gugur. Sembur dengan bahan penarik seperti umpan protin bercampur racun serangga. Ini amat berkesan kerana ianya membunuh kedua-dua jantina lalat buah.

  12. KOYA
    "Mealy bugs" (Planococcus citri Russo.)


    Serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya. Kesan sampingan kehadiran koya ialah terdapatnya kulapuk hitam pada bahagian bawah daun dan permukaan buah. Ini adalah hasil dari pertumbuhan kulat keatas embun madu yang dikeluarkan oleh koya. Pokok akan kelihatan seperti berjelaga. Semburan campuran minyak putih dan racun serangga dapat mengawal perosak ini.

  13. PELOMBONG DAUN
    "Leaf Miners" (Phyllocnistis citrella Staint)


    Ulat (warna hijau) mengorek ke dalam daun dan menghisap cecair sap epidermis. Setiap ulat berada dalam satu lombong bersinar keperakan dan berkelok-berkelok. Daun menjadi cacat, berkedut-kedut dan bergulung. Selalunya terdapat kepompong berwarna oren di tepi daun.

  14. KEPINDING
    "Stink Bug" (Rhynchocoris humeralis Thnbg dan R. Serratus Don.)
    >

    Kepinding yang berwarna hijau ini menghisap cecair dari bahagian daun muda, pucuk dan buah. Daun yang dihisap akan menjadi layu dan kering. Sementara itu, buah pula akan berongga di bahagian isinya dan serangan di peringkat putik boleh menggugurkan buah. Serangga ini boleh dikawal dengan membuat tinjauan ladang yang kerap dan memungut peringkat nimfa dan dewasa dengan tangan. Semburan racun serangga jenis umum boleh mengawal prosak ini.

  15. PENGOREK KULIT LIMAU
    "Rind Borer" (Prays endocarpa Meyr.)


    Ulat ini menyerang jenis limau yang mempunyai kulit tebal seperti limau bali. Ulat akan mengorek ke dalam kulit buah dan mengeluarkan serpihan tahinya ke permukaan buah. Buah akan kelihatan buruk dan berbinjul-binjul dan ini akan menurunkan nilai komersialnya. Semburan dengan racun serangga di peringkat putik sebelum membalut dapat mengawal perosak ini.


PEROSAK TANAMAN LIMAU

  • Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
    Lalat bertelur dalam buah-buah yang hampir masak/matang dan selepas telur menetas, larva mengorek dalam buah dan memakan tisu. Balut buah dengan kertas seawal yang boleh. Kutip semua buah-buah yang telah diserang dan tanam. Gunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.

  • Pelombong Daun (Phyllocnistis citrella)
    Larva korek dan makan tisu dalam daun. Daun menjadi cacat dan berkedut atau bergulung. Sembur racun hamama dimethoate 0.1% b.a. setiap dua minggu sekali.

  • Pengorek Buah Limau (Citripestis sagititiferella)
    Larva mengorek dan memakan tisu. Dewasa menghisap cecair dari buah. Timbunan sisa makanan akan kelihatan pada lubang yang dikorek. Kumpul dan musnahkan buah yang diserang. Menggunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.

  • Hamama (Panonychus citri Tetranychus spp.)
    Dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah, menjadi tompok kuning. Serangan pada permukaan daun dan ini akan menyebabkan banyak daun gugur terutama pada musim kemarau. Sembur dengan kimia seperti propagite dan amitraz 0.1% bahan aktif pada 3 minggu sekali.

  • Kutu Thrips (Scirtothrip dorsalis)
    Menyerang pada bahagian tangkai daun muda dan putik buah. Daun yang diserang akan menebal dan kedua-dua sisinya menggulung ke atas. Tunas daun menjadi hitam, kering dan gugur. Sembur dengan racun kimia seperti malathion (0.1% bahan aktif) setiap dua minggu sekali.

  • Kutu Lompat (Diaphorina citri)
    Menyerang bahagian pucuk dan menghisap cecair. Ia juga menjadi vektor kepada penyakit. Sembur dengan racun seperti imidachloropid (0.005% bahan aktif).

    POKOK PENANTI

    Pemilihan pokok penanti menjadi faktor utama penanaman pokok limau. Pokok penanti diperkenalkan untuk menangani masalah penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza. Biasanya anak pokok 'mandarin' dan 'sweet orange' yang dibiakkan secara tut tidak dapat dielakkan daripada serangan penyakit tersebut. Oleh yang demikian pokok penanti yang digunakan hendaklah rintang terhadap kedua-dua penyakit ini.

    Varieti Troyer Citrange digunakan sebagai pokok penanti untuk 'sweet orange' manakala varieti Cleoptra digunakan sebagai pokok penanti untuk tanaman limau mandarin. Varieti-varieti seperti Poncisrus trifoliate (L) Raf. Rangpur Line, Cleoptra mandarin dan Citrumelo didapati rintang terhadap kedua-kedua penyakit ini. Namun varieti-varieti ini tidak dapat mengawal penyakit 'greening'.

    Penggunaan P. trifoliata sebagai pokok penanti akan mengakibatkan pertumbuhan awal yang kurang memuaskan di ladang kerana pokoknya kerdil. Banyak varieti limau yang asli seperti limau nipis dan citron didapati kurang tahan terhadap kedua-dua penyakit ini. Oleh yang demikian, jenis-jenis limau dan citroid lain perlulah dinilai sebelum dijadikan sebagai pokok penanti.

    Pemilihan pokok penanti yang baik ditentukan oleh lima kriteria seperti berikut:-

    1. ketahanan terhadap penyakit reput batang phythopthora
    2. bersesuaian dengan iklim dan keadaan tanah di tempat yang ditanam
    3. bersesuaian dengan varieti yang dicantumkan
    4. memberi hasil yang maksima ataupun memuaskan
    5. toleran terhadap penyakit phythopthora dan virus tristeza

    Petani hendaklah mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti (25-30 cm dari paras tanah) supaya batang pokok baka tidak kena percikan air dari tanah dan tidak disyorkan mencantum lebih 30 cm kerana masalah pertumbuhan. Terdapat lebih banyak kelebihan daripada masalah yang timbul daripada penggunaan pokok penanti untuk tanaman limau di Malaysia. Kadangkala pokok penanti yang digunakan menghasilkan buah yang berasa masam dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk berbuah. Tetapi dengan adanya pokok penanti, petani mampu mengelakkan tanaman limau daripada diserang oleh penyakit phythopthora dan penyakit virus tristeza yang menjadi faktor utama kurangnya hasil tanaman limau. Di samping itu, pokok penanti yang tumbuh biasanya pada paras yang renek dan ia memudahkan pengurusan harian petani-petani tanaman limau (Klik untuk lihat proses cantuman pokok).

    Kebanyakan daripada pokok penanti yang berkualiti masih diimport dari negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia dan ia juga boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan daripada nurseri-nurseri yang terpilih. BIji benih untuk vrieti Rangpur Lime boleh didapati dengan mudah tetapi varieti ini kurang tahan terhadap penyakit reput batang.

  • tanaman limau

    PANDUAN MENANAM LIMAU
    (Tanaman Jangka Panjang)


    PENGENALAN:

    Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.

    Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.

    Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.

    Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis).

    Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo).


    VARIETI LIMAU

    Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis). Limau Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi.

    1. LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)

      Sejenis limau Mandarin. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.

      Kematangan Pokok Limau Madu

      Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim utama pengeluaran buahnya yang tinggi. Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.

      Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik. Penentuan peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah, perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa. Buah limau madu sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang. Apabila matang, kulitnya menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi berkilat dan mudah dikupas.

      Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur. Buah dipetik dengan cara memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama. Pada kali kedua tangkai dipotong lebih rapat dengan permukaan buah. Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti bakul atau kotak. Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan kerana boleh mengoyakkan kulit buah. Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan terus ke dalam bakul atau kereta sorong. Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.

    2. LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)

      Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik dengan berwarna oren. Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain. Varieti limau ini mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja dan perlu diganti. Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit virus tristeza.

    3. CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)

      Berasal dari daerah Chaozhou, Cina. Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid. Varieti ini tidak sepopular varieti limau madu. Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.

    4. KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)

      Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza. Varieti ini mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan proses penjarangan buah. Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.

    5. PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki Hort.ex.Tan)

      Limau daripada varieti ini menghasilkan buah yang bermutu tinggi. Varieti ini paling banyak diusahakan di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai Hokkienkam. Walaupun ia menghasilkan buah yang bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan berbanding dengan varieti limau yang lain.

    6. LIMAU PURUT

      Limau purut berbau lebih kuat dan tajam. Berasal dari kepulauan Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta nama. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan dan boleh hidup selama beberapa tahun. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan 'leech lime'.

      Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan. Bau dan rasa ini tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain. Daun limau purut juga pernah digunakan untuk menambah rasa ruak atau arak beras. Limau purut mengandungi beberapa minyak pati yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

    POKOK HERBA- MAHKOTA DEWA


    Pokok Mahkota Dewa yang dikenali dengan nama saintifiknya Phaleria Macrocarpa adalah sejenis tanaman untuk tujuan

    pengubatan di Indonesia. Pokok ini berasal dari negara Papua/Irian Jaya.

    Mahkota dewa merupakan sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga 5 meter. Ia mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik, jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

    Nama lain bagi mahkota dewa ialah pusaka dewa, buah dewa, umbi dewasa, beluntas cina,makuto rojo, makuto ratu dan semalakama.

    KHASIAT MAHKOTA DEWA

    Buah mahkota dewa mengandungi beberapa zat aktif seperti:

    1) Alkaloid, bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun di dalam tubuh badan.

    2)Saponin, bermanfaat sebagai;

    · Sumber anti bakteria dan anti virus.

    · Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

    · Meningkatkan vitalitas.

    · Mengurangkan kadar gula dalam darah.

    · Mengurangkan penggumpalan darah (darah beku).

    3) Flavonoid

    · Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan dan mencegah pembuluh darah dari tersumbat.

    · Mengurangkan kadar kolestrol dan mengurangkan penumbuhan lemak pada dinding pembuluh darah.

    · Mengurangkan risiko penyakit jantung yang kronik.

    · Mengandungi anti intiflamasi (anti radang).

    · Berfungsi sebagai anti-oksida.

    · Membantu mengurangkan rasa sakit sekiranya berlaku pendarahan atau pembengkakkan.

    4) Polifenol

    · Berfungsi sebagai anti histamine (anti alergi).

    Pokok Bunga-Duranta Plumeiri


    Duranta merupakan pokok renek berbatang lembut, tumbuh dengan ketinggian 1-3 meter, Daun adalah kecil, obovate elips, 3-6 cm panjang, dengan tip-tip tajam atau bulat dan mempunyai sedikit bergigi. Bunganya tidak berbau, berwarna putih dan ungu, kira-kira 1 cm panjnag dan 1cm lebar. Buahnya berisi dan sedikit bujur , bewarna ore kekuningan.

    Di Filipina ia dipercayai digunakan sebagai tanaman perubatan. Kulit kayu mengandungi glucosidal.Buahnya juga dikatakan beracun dan pernah dilaporkan kematian terhadap keracunan yang disebabkan racun alkaloid yg terdapat pada buah ini. Buahnya juga digunakan sebagai agen hipotemi. Bunganya pula digunakan sebagai stimulant. Walau bagaimanapun, di Malaysia ia hanya digunakan sebagai tanaman hiasan sahaja.

    Bunga Kecik - Cuphea hyssopifolia

    Hari ini tengoklah bunga kecik.. Pokok bunga ni senang sangat nak hidup and senang nak bunga & senang hati garderner...

    BUNGA MELUR


    Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

    Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

    bun

    ALOVERA - lidah buaya


    LIDAH BUAYA

    Famili : Liliaciae

    Nama Latin : Alovera/ A. vulgaris/ A. parbadensis/ A. perfoliata

    Nama Indonesia : Aloe/Yadan alau

    Nama Inggeris : Aloe

    Kawasan/ asal : kemungkinan ia berasal dari Afrika dan sekarang tersebar luas di kawasan tropika seperti Arab, India, Asia Timur dan Asia tenggara. Ia juga ditanam di Eropah sebagai hiasan rumah.

    Ciri-ciri Fizikal : Ia merupakan tumbuhan berair. Tebal, rasa pahit, berbentuk seperti pedang dan panjangnya menghampiri 50 cm. Daunnya tumbuh seperti tanduk dan berkumpulan dalam roset. Bunganya bewarna merah tua manakala akarnya serabut dan kecil-kecil.

    NILAI UBATANNYA

    Daunnya yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat sakit kepala (memberi kesan yang menyejukkan), sebagai ubat anti asma ( jusnya diambil dengan gula), sebagai pengawal dan penyembuh luka akibat terbakar ( jusnya atau hancurkan daun bagi kegunaan luaran), sebagai ubat batuk untuk kanak- kanak, sebagai ubat anti batuk kering (bagi kes-kes yang ringan sahaja), sebagai ubat gonorrhea ( kerat daunnya dan diambil bersama-sama sirap dan airnya ). Jus daunnya boleh digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan sangat popul;ar sebagai pencuci rambut. Jus daunnya mempunyai glysidal bercampur aloin boleh bertindak seperti julap, jika diambil sedikit; jika diambil banyak boleh menyebabkan diarrhoea.