BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

jalan2@putrajaya(hot ballon)





anak ketiga: wan ammar danish..dia yg plg seronok..berlari x henti2...

mama, kak ngah n kak long...

Dari kiri : nana(adik ipar), aiman(anak buah) dan intan baizura(isteri tersayang)


cuti sekolah yg lepas...anak2 kt rumah boring... x tau nak gi mana... alih gi tgk belon je la..












cita-cita kawe....

Salam.....
Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Cita-cita dan impian memberikan satu wawasan ke arah perjalanan hidup kita. Tentu kita ingat, masa kita kecil dahulu, orang tua kita sering bertanyakan "bila besar nak jadi apa?" kepada kita. Begitu juga semasa sekolah. Siap suruh buat karangan lagi. Cita-Cita Saya....... Mesti kita ingat, rata-rata tiap antara kita bercita-cita nak jadi doktor, lawyerlah, pilotlah, engineerlah dan ntah macam2 lagi cita2. . Namun apabila dikenangkan kembali, cubalah kita fikir sejenak adakah kerjaya kita sekarang ini sama seperti yang kita impikan waktu kecil dahulu? Mungkin ada, tetapi peratusannya amatlah sedikit. "Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan." Namun jika kita hanya merancang tanpa usaha yang gigih dan berdoa kehadratNya tak guna juga kan? Jadi Allah tentukan takdir atas hambaNya atas usaha yang hambaNya lakukan. Cuba fikirkan.........
Begitulah yang terjadi pada diriku..............Ketika kecil aku bercita-cita ingin berbakti kepada tanah iaitu menjadi seorang petani dan cita2 aku tidak pernah terpadam hingga sekarang...walaupun aku kini sudah 11 tahun aku bergelar seorang guru...entah mengapa aku begitu berminat dengan pertanian....